Selasa, 21 Jun 2011

BAGAIMANA MELABUR EMAS DI MALAYSIA??

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu: 
  1. Pelaburan secara emas fizikal 
  2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas
Pelaburan emas secara fizikal.
 
Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu: 
  1. Syiling emas 
  2. Jongkong emas 
  3. Barang kemas
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.

Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
  1. Mudah dibawa 
  2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
  3. Mudah ditunaikan.
  4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
  5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25% - 40%)

Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas. Tapi kalau nak memberikan hadiah kepada orang tersayang maka barang kemas adalah hadiah yang paling baik.

Tips : Jika anda hendak membeli barang kemas sebagai hadiah, beli barang kemas dengan ketulenan 916 dan tidak mempunyai batu permata. Ini kerana yang bernilai adalah emas bukannya batu permata tersebut.

Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

Membuka akaun simpanan emas adalah tidak digalakkan kerana beberapa faktor:
  1. Ada ulama mengatakan hukumnya haram kerana akad untuk membeli emas mestilah dapat emas dan bukannya di atas kertas. (Cikgu xnak komen untuk ini). Sila rujuk mereka yang arif tentang muamalat islam.
  2. Tidak boleh digadaikan di Ar-Rahnu ketika kecemasan.

"SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN" 
HUBUNGI: 019-7784616 (CIKGU EMAS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan