NISAB DAN KADAR ZAKAT EMAS
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua,
Hari ini cikgu ingin berkongsi satu perkara yang wajib mengenai emas iaitu zakat emas.
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”. (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram (mengikut uruf bagi negeri Kedah)
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

p/s: Uruf emas bagi setiap negeri adalah berbeza. Contohnya:
1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram
2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6. Uruf emas bagi negeri Negeri Sembilan adalah 200 gram
7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)

NISAB DAN KADAR ZAKAT PERAK
Wajib zakat pada perak lima auqiyah ;
[ Satu auqiyah = 40 dirham. ( 5 x 40 = 200 dirham ) ]
Ijmak’ ulama’ telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan dengan 595 gram.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“…tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq.” (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :
“Pada perak (zakatnya) 1/40…” (Riwayat al-Bukhari)
Contoh Pengiraan Zakat Perak :
Andaian 1 gram perak = RM 30.00
Perak yang dimiliki seberat 1,000 gram.
1,000 gram perak (lebihan 405 gm dari nisab)
1,000 x RM 30 = RM30,000
Zakat yang dikenakan ialah : RM 30,000 X 2.5% = RM 750.00
Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
Rujukan : www.zakat.com.my