Selasa, 21 Jun 2011

PERMULAAN HIDUP SEBAGAI CIKGU EMAS

Assalamualaikum.. Alhamdulillah..

Secara rasmi cikgu bergelar Dealer Public Gold yang sah di bawah rangkaian Master Dealer En. Hasfarizan (Geng916). Pada mulanya, cikgu berjinak-jinak dengan emas setelah seorang rakan berkongsi E-Book Rahsia Kehebatan Emas. Dari situ, cikgu telah dapat banyak maklumat mengenai emas dan terdetik hati cikgu untuk mendalami ilmu berkenaan pelaburan emas. Sebelum menjadi dealer, cikgu telah membeli beberapa stok Gold Bar dan Dinar untuk berjinak-jinak.

Tujuan utama cikgu menjadi Dealer Public Gold adalah bukan untuk menjadi penjual emas tetapi lebih kepada pelaburan jangkamasa panjang dan dapat membeli emas Public Gold dengan harga yang murah. Walaubagaimanapun, cikgu akan terus berkongsi tentang kehebatan emas ini dengan percuma kepada orang ramai supaya mereka menyimpan emas. Tidak rugi membeli emas kerana emas tiada tarikh luput kalau nak dibandingkan dengan produk kesihatan.

Jika mereka berminat untuk mendapatkan emas dari cikgu, ini merupakan bonus yang Allah berikan kepada cikgu. Cikgu akan sedaya upaya berkongsi maklumat kepada pembaca mengenai kehebatan emas ini. Kemungkinan artikel yang cikgu paparkan ini nanti di ambil dari buah fikiran orang lain dan dari cikgu sendiri. Diharap artikel yang cikgu ambil dari orang lain tidak menjadi kesalahan kerana bagi cikgu ilmu itu wajib dikongsikan bersama dan ada bahagian anda di dunia dan di akhirat nanti, InsyaAllah..

Akhir kata: 'Simpanlah Emas Untuk Masa Hadapan'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan