Isnin, 11 Julai 2011

NEGARA ISLAM DISARAN GUNA DINAR EMAS SEBAGAI MATA WANG TUNGGAL

ALOR SETAR, 9 Julai (Bernama) -- Dunia Islam disaran menggunakan dinar emas bagi melepaskan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga, kata Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Jusoh. Beliau berkata mata wang negara-negara Islam boleh diselaraskan dengan dinar emas sebagai mata wang tunggal dalam urusan perdagangan dan aktiviti ekonomi di peringkat antarabangsa.

"Penggunaan dinar emas dapat membentuk identiti dan menjalin kerjasama antara negara Islam. Kita juga tidak perlu lagi menggunakan dolar Amerika," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dinar Darul Aman di Dewan Kolej Universiti Insaniah, di sini Sabtu. Syeikh Yahaya berkata beliau yakin dinar mempunyai potensi untuk dikembangkan dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat itu.

Sementara itu, Panel Syariah Amsyiq Gold Enterprise, yang mengeluarkan dinar untuk beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Othman Hamzah, berkata pelancaran Dinar Darul Aman bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat membuat simpanan untuk masa hadapan. "Jual beli dinar mempunyai susut nilai yang kecil iaitu sebanyak lima peratus berbanding 30 peratus bagi emas perhiasan yang terdapat di kedai emas. "Malah keuntungan bagi simpanan dinar selama setahun boleh mencecah 37 hingga 50 peratus," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga bercadang untuk mengesyorkan kepada kerajaan negeri menggunakan dinar dalam urusan pentadbiran, sama ada untuk kegunaan harian atau sebagai cenderamata.

-- BERNAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Artikel ini cikgu petik dari Utusan Malaysia 10/7/2011. Sebagaimana yang kita ketahui kegemilangan Islam pada zaman Rasulullah dan Khalifah menggunakan mata wang dinar (emas) dan dirham (perak).  

Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang. Satu contoh yang paling popular bagi menunjukkan kuasa beli emas yang sangat stabil ialah harga seekor kambing di dalam nilai dinar (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gram dengan ketule...nan 22 karat emas 916) Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar. Harga kambing pada tahun 2011 juga bernilai 1 dinar (RM700.00). Cuba bayangkan setelah 1400 tahun berlalu harga kambing tetap 1 dinar. Nilai emas tiada inflasi seperti duit kertas. Jika kita ada RM1000.00 pada tahun 2011, belum tentu nilainya akan sama jika kita bawa duit itu 1400 tahun akan datang tetapi nilai emas tetap sama dan tiada perubahan.

Perkara ini diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW. Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud: “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.” Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)
Jadi, memang Allah SWT mengangkat martabat emas sebagai barangan yang berharga, bukan sekadar di dunia, malah di akhirat jua..

Rasulullah SAW bersabda: "Akan datang satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan manusia, maka simpanlah Dinar (Emas) dan Dirham (Perak)"
(:- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

"SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN" 
HUBUNGI: 019-7784616 (CIKGU EMAS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan