Ahad, 5 Februari 2012

HARGA EMAS DIUNJUR CECAH RM200 SEGRAM - BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR, 4 Feb. - Harga emas dijangka meningkat ke paras hampir RM200 segram menjelang akhir tahun ini didorong permintaan kukuh pengguna terutama dari China dan India serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice, berkata komoditi itu menjadi pilihan pelaburan terbaik tahun ini memandangkan keaadaan ekonomi global dijangkakan kekal tidak menentu susulan masalah hutang Eropah yang berlarutan dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China.

Beliau berkata pihaknya mengunjurkan harga logam itu mencecah paras AS$1,975 seaun atau AS$63.5 (RM191.77) segram pada suku keempat tahun ini, sekaligus melepasi paras tertinggi yang dicatatkan September tahun lalu iaitu AS$1,920.30 seaun atau AS$61 (RM184) segram.

Katanya, faktor utama yang mendorong harga emas untuk terus meningkat ialah tahap hutang yang tinggi di negara maju, kadar faedah sebenar yang negatif, permintaan yang tinggi di China dan India, bekalan terdah komoditi itu dan tindakan meningkatkan rizab emas daripada bank pusat di seluruh dunia.

"Pasaran global dijangka kekal tidak menentu tahun ini. Justeru, pelaburan dalam emas dan ekuiti berkaitan emas kekal menjadi pelaburan pilihan kami dalam keadaan pasaran yang tidak menentu ini," katanya pada sidang media selepas taklimat media mengenai tinjauan pasaran bagi suku pertama tahun ini.

Pada sesi dagangan semalam, harga emas meningkat 99 sen untuk ditutup pada paras RM165.30 segram.

Akhir kata dari cikgu: 
"SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN" 
HUBUNGI: 019-7784616 (CIKGU EMAS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan