Selasa, 27 Mac 2012

BAYAR ANSURAN KERETA DENGAN EMAS


Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Gambar di atas adalah kereta Mercedes bersalut 'Emas' yang ditempah khas oleh Syed Aouf.. Kalo lah cikgu boleh salut kereta cikgu dengan emas confirm esok pagi tinggal nombor plat je.. he..he..

Sebenarnya cikgu bukan nak cerita bagaimana nak salut kereta dengan emas tetapi cikgu nak share bagaimana nak 'Bayar Ansuran Kereta dengan Emas'..

Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah membeli emas berharga sama dengan ansuran bulanan kereta anda. Contoh, jika ansuran bulanan kereta anda ialah RM1,000, anda perlu beli emas dengan harga RM1,000. Jika harga emas RM200 per gram, anda akan dapat 5 gram emas.

Satu lagi yang anda perlu ambil perhatian, emas yang hendak di beli adalah yang boleh di pajak di Arrahnu. Di sini saya cadangkan emas keluaran Public Gold iaitu i-series dan Public Jewellery. Setelah anda membeli emas tersebut, anda perlu bawak emas tersebut dan pajakkan emas tersebut di Arrahnu berhampiran. Dapatkan pinjaman 65% dari nilai emas tersebut.

Setelah anda dapatkan wang pinjaman, anda perlu tambah wang anda sendiri untuk membayar ansuran kereta. Jadi di sini, anda akan tambah lagi RM350 untuk membayar pinjaman kereta tersebut. Anda perlu lakukan seperti ini sehingga habis ansuran kereta anda. Cuma pada bulan ke-enam, anda perlu tebus dulu emas yang anda pajak pada bulan pertama, pajak semula dengan nilai pajakan yang sama.

Jadi, bayangkan jika setiap bulan anda beli emas sebanyak 5 gram, 5 tahun  sudah tentu anda sudah ada 300gram ataupun emas anda bernilai RM60,000 (belum termasuk ROI tahunan emas). Tu kalau harga emas tak bergerak la. Mustahilkan? Mungkin pada masa tu kereta ada sudah pun tersusut nilainya. Jadi sebenarnya anda sudah cover susut nilai tu dengan kenaikan harga emas.

Ok. Penerangan cikgu ni mungkin ramai yang tak faham. Maklumlah bercerita dalam karangan memang susah nak faham. Kalau one to one boleh gak cikgu explain detail. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut lagi anda semua boleh la pergi ke seminar-seminar anjuran Public Gold berdekatan dengan tempat anda @ lebih senang call je cikgu.. InsyaAllah cikgu sedia membantu..

Akhir kata dari cikgu: 
"SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN" 
HUBUNGI: 019-7784616 (CIKGU EMAS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan