Sabtu, 25 Jun 2011

MELABUR SAMBIL BERNIAGA EMAS PUBLIC GOLD

Baiklah, cikgu ingin berkongsi satu rahsia dengan anda. Teknik ini memang mendatangkan pulangan yang lumayan. Anda bukan sahaja mendapat keuntungan tidak kira sama ada apabila harga emas naik ataupun turun. Kedua-dua situasi pun anda akan untung.

Caranya ialah dengan melabur sambil berniaga emas.

Berdasarkan kepada analisis cikgu, inilah teknik yang sangat hebat kerana membolehkan anda menjana pendapatan tidak kira sama ada harga emas sedang naik atau turun. Jika anda membeli emas pelaburan dan menunggu harga naik, maka keuntungan anda ditentukan oleh pasaran emas sahaja. Jika pasaran naik banyak maka untung pun banyak, jika pasaran jatuh maka anda kena tunggu lagi, ini adalah waiting game. Salah satu cara melabur sambil berniaga emas ialah dengan menjadi agen Public Gold.

Dengan menjadi agen Public Gold, anda bukan sahaja boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun anda turut berpeluang menjual emas pelaburan yang sangat berkualiti, murah harganya dan dapat menjana pendapatan sampingan.

Public Gold telah menawarkan peluang untuk mereka yang berminat menjadi agen dengan modal RM20,xxx ++ sahaja. Modal itu semuanya digunakan untuk membeli emas pada harga semasa. Memang anda tidak rugi.

Faktor yang menarik perhatian cikgu ialah:
  1. Harga emas Public Gold jauh lebih murah berbanding kedai emas. Ia juga mengikut pergerakan harga emas antarabangsa.
  2. Public Gold langsung tidak menghadapi masalah ketiadaan stok seperti Kijang Emas dan syiling emas UOB. Apabila harga emas rendah pelanggan tetap boleh membeli emas dengan Public Gold. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emas mereka sendiri. Ini barulah penjual emas pelaburan yang sebenar.
  3. Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun plastiknya dibuka, calar, kemek, guris, bengkok, kemek dan patah asalkan beratnya masih lagi sama. Ini adalah jaminan daripada pengerusi Public Gold sendiri, Mr. Ng. 
  4. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB Bank yang tidak menerima kembali syiling emas mereka sekiranya bercalar. Emas Public Gold memang memberikan ketenangan fikiran kepada pembelinya. Kita tidak perlu risau.
Komisen yang ditawarkan oleh Public Gold ialah 1%-2% daripada nilai jualan. Jika anda telah berjaya membina rangkaian pelanggan maka anda sendiri boleh membeli dan menjual emas milik pelanggan anda. Ini membolehkan anda mendapat komisen sehingga 5% - 6%.
Dengan kata lain peluang menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti menjual beli emas Public Gold adalah sangat lumayan bagi mereka yang nampak peluang ini.
 
Inilah peluang yang unik, bila mana emas bukan sekadar menjadi pelaburan tetapi juga merupakan peluang perniagaan.

Faedah-faedah melabur dalam jongkong emas Public Gold :
  • Pengeluar gold bar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan assayer (mencipta rekod "The Malaysia Book of Record").
  • Cantik (Boleh dijadikan sebagai hadiah).
  • Kos pelaburan jongkong emas yang paling murah di Malaysia.
  • Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah.
  • Anda akan memiliki emas fizikal.
  • Terdapat sistem penempahan secara online selama 24 jam (Syarikat pertama di Malaysia).
  • Anda boleh menempah harga emas tertentu.
  • Memberi jaminan membeli balik emas kami mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya, atau bengkok.
  • Stok sentiasa ada.
  • Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah.
  • Mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. (Mudah dibeli dan dijual).
"SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN" 
HUBUNGI: 019-7784616 (CIKGU EMAS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan