Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Harga emas turun lebih kurang 15% dalam bulan ni. 1 Dinar sekarang sekitar RM740. Harga tertinggi pernah cecah sebelum ni ialah RM833. Bagi orang yang belum faham pasal emas, dia jadi panik, dan ada juga yang gelak besar dengan pelabur emas (org yg tak yakin, padahal xde duit pun, iri-hati) tapi bagi orang yang tahu perangai emas, dia mesti tersenyum lebar... Inilah waktu dia bershopping sakan tambahkan lagi simpanan emas, dan inilah peluang memaksimumkan keuntungan dengan teknik pajak di Ar-Rahnu!
Bagi orang yang tahu, bila harga emas jatuh 15%, dia berpeluang dapat keuntungan 15% dengan mudah!
Harga Jatuh, Untung atau Rugi?
Ok, bila harga jatuh, kita untung atau rugi? Bagi anda yang simpan 100 gram emas, cuba cek balik, emas yang kalian simpan tu berkurangan berapa gram masa harga emas jatuh? Jawapanya, tak berkurangan walaupun 1 gram pun kan. So, anda rugi ker bila harga emas jatuh? Pastinya tak... Macam tu juga bagi sesiapa invest dalam hartanah. Kalau nilai hartanah jatuh, kita bukan betul-betul rugi. Rugi cuma atas kertas, tapi realitinya kita masih untung!
Ok, kalau anda invest dalam saham contohnya, bila harga saham jatuh, apa yang anda ada? Nilai saham susut dan unit-unit saham yang anda ada tak memberi apa-apa makna sebab ianya cuma 'janji' kekayaan yang ada atas kertas. Ia tak real macam 'real property' lain - rumah, tanah, emas, perak dsb, betul tak?
So, bagi sesiapa yang simpan 'real property', dia tak perlu risau walaupun harganya jatuh mendadak. Ianya cuma 'assumption' yang anda telahpun rugi, tapi pada hakikatnya, anda tak rugi pun.
Harga Jatuh, Apa Nak Buat?
Bila harga jatuh, strategi yang boleh kita buat ialah:
Strategi #1: Beli lagi emas pada harga rendah kalau masih ada extra cash yang tak pakai dalam masa 3 - 6 bulan akan datang. Harga rendah macam ni tak akan lama. Paling lama pun 3 - 6 bulan lagi dia akan naik balik kepada harga tertinggi.
Strategi #2: Pajak emas sedia ada di Ar-Rahnu dan beli lagi emas dengan duit pajak. Untuk strategi yang lebih selamat, sparekan sebahagian duit hasil pajak tu untuk bayar upah simpan 6 bulan akan datang. In case harga emas tak naik balik dalam masa 6 bulan, guna duit tu untuk bayar upah simpan dan sambung lagi pajakkan sampai harga emas naik balik ke puncak tertinggi sebelum ni.
Strategi ini boleh digunakan sebab walaupun harga emas jatuh, harga emas di Ar-Rahnu (dan kedai emas) akan kekal tinggi. So, kita boleh pajak dengan harga mahal, dapat duit cash yang banyak, dan tambah lagi simpanan emas dengan banyak.
Cikgu yakin teknik ni boleh dilakukan atas keyakinan harga emas akan pergi jauh lagi dalam jangka panjang. Sebabnya, ada faktor besar yang masih belum settle dan belum nampak jalan keluarnya dalam masa terdekat iaitu krisis hutang US dan Eropah, krisis dagangan, penyusutan nilai dolar, perang matawang dsb. Bahkan, Mike Meloney, penulis buku "Guide To Investing in Gold & Silver" menjangkakan semua petanda yang ada hari ini menunjukkan bakal berlakunya keruntuhan sistem matawang yang menyebabkan duit kertas sama tarafnya dengan tisu tandas!
Wallahu a'lam.
Nota Penting:
- Teknik ni hanya terbaik untuk sesiapa yang ada barang kemas pelaburan seperti i-series Public Gold sebab mulai Mei 2011, banyak Ar-Rahnu dah tak terima gold bar dan syiling emas. Antara yang masih terima ialah Ar-Rahn Kelantan & Ar-Rahn KPMNJohor.
- Ar-Rahnu terbaik setakat ni ialah Ar-Rahnu Agrobank. Tempoh gadaian ialah 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan. Kos pajakkan pun termurah.
- Sepanjang tempoh pajak, kita tak perlu banyar apa-apa. Yang penting, bila nak habis tempoh, kita kena bayar duit pinjaman + upah simpan.
- Kalau harga emas tak naik lepas tempoh 6 bulan, jangan tebus lagi. Tapi, sambung jer pajak sampai harga emas naik balik dan dapat untung. Kalau nak sambung pajak, tak payah bayar duit pinjaman. Just bayar upah simpan 6 bulan dan perbaharui surat pajak.
- Untuk faham lebih lanjut tentang teknik manipulasi Ar-Rahnu, cikgu syorkan anda semua baca artikel Jutawanemas, Saudara Syukor Hashim bertajuk "Bagaimana Menjana Keuntungan Menggunakan Teknik Ar-Rahnu".
Akhir kata dari cikgu:
"SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN"
HUBUNGI: 019-7784616 (CIKGU EMAS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan