Isnin, 30 Julai 2012

PELABURAN EMAS, PELABURAN KESIHATAN & PELABURAN KELUARGA

Assalamualaikum semua..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada muslimin & muslimat.. Harap2 cikgu tidak lambat untuk mengucapkannya. Dah terlalu lama cikgu tidak 'Post' ape2 artikel untuk dikongsi bersama.. Seperti tahun2 lepas, harga emas sedikit mendaki di bulan Ramadhan ini.. Ada hikmat disebalik Ramadhan ini.. InsyaAllah..

Ruangan kali ini cikgu nak sentuh kepada perkara 'Pelaburan Kesihatan & Pelaburan Keluarga'.. Mesti pelik Kesihatan pun ada pelaburan ke?? Pelaburan Kesihatan & Pelaburan Keluarga yg cikgu maksudkan ialah 'Pelaburan Takaful' yg meliputi takaful hayat, takaful medikal card dan takaful simpanan.. Kenapa cikgu menekankan pelaburan takaful ini.. Baru2 ini, cikgu telah hadir dalam Ceramah Pelaburan di dalam Islam.. Banyak ilmu yg cikgu dapat dari sana yg cikgu rase wajib disampaikan kepada anda semua..

Penceramah menerangkan mengenai konsep Peaburan yg begitu byk seperti Pelaburan Emas, Pelaburan Hartanah, Pelaburan Amanah Saham dan pelbagai pelaburan.. Tapi satu pelaburan yg menarik perhatian cikgu selepas pelaburan emas ialah pelaburan Takaful.. Pelaburan takaful ini adalah tertumpu kepada pelaburan kesihatan diri & keluarga yg mana kita selalu abaikan tanggungjawab kita kepada kesihatan diri dan keluarga kerana sibuk mencari wang dari pelbagai sudut pelaburan.. Cikgu tertarik mengenai konsep takaful di mana selain kita melabur, kita juga telah membuat amal jariah membantu pelabur-pelabur takaful lain dari konteks menjaga kesihatan diri & keluarga di mana tiada pada pelaburan-pelaburan lain..

Sebagai contoh, Si A melabur dalam takaful dan Si B dan Si C juga melabur dlm takaful.. Apabila Si A sakit, dana sumbangan Si B dan Si C sedikit sebanyak telah membantu Si A menerima rawatan di Hospital bertaraf Bintang 5 Star dan bukannya di Hospital Awam yg jenuh menunggu berjam2 utk mendapatkan rawatan & paling sedih sekali jika penyakit kita tidak dianggap serius.. Tidak guna kita belajar tinggi dan mencari harta berjuta-juta tapi bab kesihatan diri & keluarga kita abaikan dan tidak mampu memberi perkhidmatan perubatan 1st Class kepada keluarga..

Takaful Medikal Card memang sangat-sangat penting untuk kite miliki kerana dengan adanya medikal card kita akan memperolehi perkhidmatan perubatan kelas Pertama.. Banyak syarikat2 takaful menawarkan pelan-pelan medikal kad yg menarik seperti Prudential, MAA, Great Eastern, AIA AFG dll.. Walaubagaimanapun kite perlulah memilih pelan yg betul2 mantap yg mampu memberikan perkhidmatan kelas Pertama.. Sebagai contoh, banyak2 syarikat takaful yg cikgu sebutkan hanya syarikat takaful 'AIA AFG' yg menawarkan perkhidmatan Medikal Kad sekeluarga di mana setiap keluarga suami, isteri & anak2 di carumkan di dalam satu medikal kad dengan bayaran yg murah tetapi mempunyai had perlindungan yg tinggi.. (Had Tahunan RM90,000 x ahli keluarga) dan Tiada had seumur hidup (boleh guna selagi hospital itu tidak tutup).. Memang berbaloi pada mereka yg mempunyai keluarga yg ramai.. Bayaran (RM3xx - RM4xx sebulan tidak kira berapa banyak ahli kelurga).. Biasanya sesebuah syarikat takaful menawarkan RM150 utk setiap pencarum.. Bayangkan jika keluarga ada 6org = RM150 x 6 = RM900.00 (bnyk tu kalo dibandingkan dengan AIA AFG)..

Selain itu takaful simpanan di mana duit yg kita carum tadi sebahagian akan disimpan sebagai pelaburan dan boleh di ambil pada bila-bila masa.. Seterusnya Takaful Hayat - Setelah pencarum meninggal, nilai takaful hayat akan diberikan kepada waris beserta wang takaful simpanan. (Anggaran nilai Takaful Hayat RM100k + takaful simpanan RM150k = RM250k).. Boleh la waris membayar hutang pencarum tadi dan sedikit sebanyak boleh digunakan oleh waris untuk kegunaan harian.. Bayangkan jika kita tidak meninggalkan sesen pun, maka kita berhutanglah hingga akhirat..

Cikgu pernah bersoal jawab dengan ramai orang awam mengenai takaful dan 80% bersifat negatif (padahal xde duit nak mencarum).. Meraka takut wang yg dicarumkan jika mereka mati nnti anak-anak akan joli.. (sungguh sempit pemikiram mereka ini) Islamkan telah mengajar kita mendidik anak dgn sebaik-baiknya.. Terus terang cikgu katakan, melabur di pelaburan takaful mempunyai keistimewaan dari segi kesihatan dan wang.. Berilah keutamaan kepada kesihatan diri dan keluarga kerana jika kita ditimpa musibah sakit, bagaimana kita nak mendapatkan perkhidmatan & membayar kos-kos perubatan jika penyakit kita perlukan pembedahan segera yg tiada di hospital awam.. Bayangkan kos perubatan yg sentiasa meningkat hingga RM100k setiap perubatan.. Jika anda mempunyai medikal kad, sekelip mata anda terus akan mendapatkan perkhidmatan Hospital 1st Class & tidak perlu menunggu terlalu lama..

Harus diingat, setelah anda meninggal dunia (mati) hanya memerlukan seminit sahaja harta anda akan dibekukan oleh Bank Negara dan keluraga anda perlulah berurusan dengan Pemegang Amanah iaitu Amanah Raya.. Akta Harta Pusaka yg diuruskan oleh Amanah Raya juga mengambil masa terlalu lama hingga 1 @ 2 tahun sebelum boleh diagih-agihkan.. So, bagaimanakah waris perlu meneruskan hidup dgn tiada harta yg ditinggalkan oleh si Mati.. Dengan adanya Pelaburan Takaful, waris boleh menuntut harta si Pencarum hanya mengambil masa selama 2 minggu dan seterusnya bolehlah meneruskan kehidupan sekeluarga.. Hal ini dikuatkan lagi dengan kewajipan kita meninggalkan harta setahun nilainya seperti firman Allah & Sabda Nabi dibawah:

Rasulullah S.A.W telah menyebut satu hadis maksudnya:
"Meninggalkan anak isteri dalam keadaan berada kaya-raya lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan tiada, susah dan papa menjadi beban kepada orang lain."

Allah S.W.T berfirman:
"Hai mereka-mereka yang beriman baktilah kamu kepada Allah dan lihatlah apa yang kamu tinggalkan di hari esok"

Allah S.W.T berfirman lagi:
"Hendaklah takut orang-orang yang meninggalkan anak kecil yang lemah sesudah ia meninggal dunia."

Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran, ayat 240 Surah Al-Baqarah yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang hampir mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri merekan dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syara') itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa. Lagi Maha Bijaksana."

Cikgu pun akhirnya telah berjaya lulus dalam exam takaful dan sedang berjinak-jinak dengan Pelaburan Takaful 'AIA AFG' ini.. Cikgu memilih takaful AIA adalah kerana pelan yg murah dan memberi perlindungan sekeluarga tanpa had perlindungan seumur hidup. Niat cikgu adalah untuk membuka mata mereka untuk melabur dalam Pelaburan Takaful sebagai pelaburan kesihatan diri & keluarga.. Pelaburan Emas untuk pelaburan Aset manakala Pelaburan Takaful untuk kesihatan.. Tak guna banyak emas tapi sakit & perlu beratur panjang untuk dapatkan rawatan di Hospital Awam..

Sebarang maklumat mengenai pelan kesihatan, cikgu sedia berkongsi demi kesejahteraan kesihatan anda sekeluarga.. Perkhidmatan quotation harga pelan pelaburan takaful adalah percuma.. Hanya perlu emailkan @ sms cikgu butiran Nama, Tarikh lahir, Merokok @ tidak merokok serta budget pelan kesihatan anda.. Sekian terima kasih..

'KE ARAH CENDIAKAWAN PELABUR ISLAM YANG UNGGUL DAN SIHAT'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan