Ahad, 4 November 2012

SPEKULASI KENAIKAN & PENURUNAN HARGA EMAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Perkongsian ilmu dari Master Dealer Faizan..

Soalan Lazim - Kenapa harga emas turun lebih cepat berbanding harga emas naik..?

Ada 2 soalan disini, pertama "Kenapa bil turun laju", kedua "kenapa bila naik perlahan"..

Jawapan saya :

Kenapa Harga Turun Laju

Harga emas turun dgn cepat kerana spekulasi (khabar angin) yang mempengaruhi sentimen (emosi) pelabur jangka pendek yang melabur komoditi emas dlm bentuk ETF (Exchange Traded Fund / Paper Gold).

Mereka akan segera menjual pelaburan gold paper ini bila munculnya berita2 yg tidak menyebelahi kenaikan harga emas, tidak kira sahih atau tidak, jangka panjang atau jangka pendek, langkah pertama mereka adalah perlu jual dahulu...

Reason...?

kerana jika spekulasi tersebut benar2 berlaku, mereka akan kerugian 100% kerana yang mereka beli, yg ada dlm simpanan adalah Gold Paper bukannya Gold Physical.

So mereka ini adalah pelabur yg selalu berada dalam situasi ketakutan, sepanjang masa pasaran berjalan, dan bila jualan berlaku serentak dalam masa yg sama, harga akan turun dgn cepat dan lurus...

Kenapa Harga Naik Perlahan

Kenaikan harga emas secara perlahan2 adalah kerana aktiviti belian Emas fizikal yg berlaku secara berkala dan konsisten sepanjang masa..

Biasanya belian seperti ini dibuat oleh mereka yg membeli emas fizikal samaada bagi tujuan perhiasan atau simpanan sebagai wealth protection dan safe haven asset..

Pembeli seperti ini adalah pelabur yg full of confident dan tidak terpengaruh dgn khabar spekulasi sebagaimana pelabur jangka pendek, kerana sekiranya benar spekulasi yg dikhabarkan sekalipun, mereka membeli emas fizikal, yg ada di tgn dan simpanan mereka adalah ketulan2 emas dan risiko kerugian mereka mungkin hanya sekitar 20-30% disebabkan oleh susut nilai berbanding pelabur diatas yg kerugian 100%...

So trend kenaikan harga emas selama 10 tahun ini disokong oleh pembeli2 emas seperti ini, bukan seperti diatas, buktinya boleh dilihat pada pergerakan jangka panjang harga emas yg membentuk kenaikan bertangga...menunjukkan belian dibuat secara berkala dan konsisten, berbanding jualan semula mereka...

Anda boleh buat perbandingan dgn membandingkan graf harga saham dan graf harga emas sejak 10 tahun lalu sampai skrg, dan anda akan saksikan secara tersirat, wajah2 pelabur yg sentiasa ketakutan dan cemas, berbanding graf satu lg memaparkan wajah2 pelabur yg sentiasa ketawa, gembira dan bersyukur....


Akhir kata dari cikgu: 
"SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN" 
HUBUNGI: 019-7784616 (CIKGU EMAS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan