Isnin, 5 November 2012

STRATEGI PELABURAN EMAS MELALUI PINJAMAN (LOAN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Berikut kupasan perkongsian ilmu dari Master Dealer Faizan

TIPS PENTING

1. Jika anda menggunakan sumber modal dari pinjaman peribadi untuk membeli Emas, anda MESTI merancang bagaimana anda boleh membuat bayaran balik pinjaman tersebut menggunakan Emas itu juga.

2. Tujuannya, walaupun anda mempunyai tanggungan pinjaman yang digunakan sebagai modal pelaburan, namun ianya tidak sedikitpun menjadi beban kepada anda membuat bayaran balik pinjaman tersebut.

STRATEGI PELABURAN

Saya mengambil data sebenar kenaikan harga Emas bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2011 seperti dalam paparan Graf dibawah agar anda dapat melihat gambaran sebenar strategi ini dengan jelas.

1. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM200,000, dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun, dan jumlah bayaran bulanannya sekitar RM3200 sebulan.

2. Gunakan semua wang tersebut dan beli Emas 1 Dinar yang pada tahun 2009 ianya cuma berharga RM400 sekeping.

3. Saya memilih 1 Dinar kerana ia variasi Emas yang paling kecil. Tujuannya agar anda mudah menjualnya sekadar jumlah tunai yang diperlukan untuk bayaran balik sahaja.

RM200,000 / RM400 (1 Dinar) = 500 Keping Emas 1 Dinar

4. Setiap bulan, jual 8 keping Emas 1 Dinar dan digunakan untuk bayaran balik pinjaman.

Jika pinjaman dipotong melalui gaji, tunai dari jualan Dinar tersebut boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti biasa.

5. Purata harga 1 Dinar adalah seperti berikut :

2009 - RM450
2010 - RM550
2011 - RM650

6. Dengan menjual sebanyak 8 keping 1 Dinar sebulan, bermakna setahun anda akan menjual sebanyak 96 keping Emas 1 Dinar.

Pengiraan jumlah bayaran balik :
Tahun 2009 - 96 x RM450 = RM43,200
Tahun 2010 - 96 x RM550 = RM52,800
Tahun 2011 - 96 x RM650 = RM62,400

JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DIBAYAR SELAMA 3 TAHUN = RM158,400.

BAKI PINJAMAN YANG BELUM DIJELASKAN RM41,600.

JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 96 Keping X 3 Tahun = 288 Keping.

JUMLAH DINAR YANG DIBELI 500 Keping - 288 Keping = Baki Yang Belum Dijual 212 Keping.

212 Keping x RM735 Harga DInar Sekarang = RM155,820 Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki.

RM155,820 - RM41,600 (Untuk Full-Settlement Baki Pinjaman) = RM114,220.

Tahniah!!! Dalam masa hanya 3 tahun, anda telah memiliki simpanan Emas atau keuntungan sebanyak RM114,220 yang anda perolehi secara PERCUMA!!!

*Fikirkan begini, anda meminjam wang fiat yg nilainya tidak setara dgn helaian2 kertasnya yg hanya boleh digunakan utk mendapatkan keperluan hidup, dan itupun hanya laku pd masa2 tertentu bergantung kpd urustadbir kewangan negara...

Bagaimana kalau anda tukarkan wang fiat itu kpd ketulan2 emas yg sgt bernilai di seluruh dunia dan berharga sepanjang zaman, kemudian anda pulangkan semula helaian2 kertas itu kpd bank, dan dlm masa yg sama anda telahpun memiliki ketulan2 emas secara percuma...

Beritahu saya, adakah tindakan ini kurang bijak atau sgt bijak..?

Kita selalu mendengar kisah seseorang yg meminjam dari bank dan akhirnya bankrap melabur di pasaran saham, tetapi belum pernah lagi rasanya kita dgr seseorang meminjam dari bank, membeli emas fizikal dan akhirnya bankrap...

Kenapa agaknya ya..?

Jawapan saya, kerana pelaburan saham mempunyai risiko kerugian 100% dan pelaburan melalui cara simpanan emas fizikal maksimum kerugiannya hanya sekitar 20-30%...

Dan kalau anda pernah mendengar ada pendapat yg melarang anda dari menggunakan kaedah ini, sy percaya org itu sendiri belum pernah mempraktikkan kaedah ini...

Dan sy sendiri telah mempraktikkan kaedah ini, dan ini adalah hasil pengalaman saya...so pendapat siapa yg patut lebih diyakini..?


Akhir kata dari cikgu: 
"SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN" 
HUBUNGI: 019-7784616 (CIKGU EMAS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan