Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Public Gold telah melancarkan produk baru dalam barisan jongkong emas mereka (Gold Bar) iaitu 'Tai Fook'
‘Tai Fook‘ merupakan istilah dalam bahasa Cina yang bererti 'Kemakmuran Hebat' (Great Prosperity). Rekabentuk ‘Tai Fook’
ini sangat cantik dan bagi cikgu inilah corak logam Emas yang paling
menawan yang pernah cikgu lihat sebelum ini. Perhatikan ukiran timbul
berlambang Naga (Dragon) pada muka belakang jongkong tersebut.
'Spread’ harga bagi siri ‘Tai
Fook’ ini tinggi iaitu 8% (spread PG Gold Bar 999.9 yang biasa antara
4.5%-6%). 'Tai Fook' ini merupakan suatu siri
keluaran Khas. Rekabentuknya pula adalah 3D serta ukiran tempa bentuk
naga tersebut amatlah cantik. Mungkin kos bagi Rekabentuk (Design) dan peralatan merupakan faktor yang menyumbang kepada premium siri ‘Tai Fook’ ini. Produk seperti ini amat sesuai sebagai koleksi penyimpan
(collectors’ item). Jika dibandingkan dengan produk keluaran syarikat lain, Public Gold menawarkan harga yang sangat rendah. Tidak dinafikan juga, dengan adanya siri ‘Tai Fook’ ini, ia bakal menarik minat pasaran antarabangsa seperti China, Taiwan, Korea, Singapura dan lain-lain negara.
Siri ‘Tai Fook’ ini cetusan manifestasi kekecewaan Pengasas Public Gold iaitu Dato’ Loius Ng terhadap penglibatan ramai ahli masyarakat Cina di Malaysia yang telah terlibat dengan skim pelaburan Emas yang tidak sah apatah lagi telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.
Simbol Naga (Dragon) sememangnya sudah sinonim dengan masyarakat Cina sejak turun-temurun. Ia sering melambangkan kemakmuran, kekuasaan, kekayaan dan kehebatan. Tahun 2012 ini pula mengikut kalendar Cina adalah Tahun naga. Maka tidak hairanlah, siri ‘Tai Fook’ ini dirumuskan khusus buat kaum Tionghua. Amat sesuai dijadikan hadiah perkahwinan, hadiah hari jadi untuk insan yang lebih berumur, kesyukuran, mahupun apa jua acara bagi menzahirkan rasa penghargaan dan kasih sayang buat insan yang bermakna dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi, ‘Tai Fook‘ ini bertepatan dengan tema tahun Kekayaan 2013 yang juga merupakan tahun mencabar untuk ekonomi global.
Jongkong Emas Tai Fook 100g (pandangan depan)
Jongkong Emas Tai Fook 100g (pandangan belakang)
Dalam siri ‘Tai Fook’ ini, terdapat 3 jenis saiz iaitu 20g, 50g dan 100g. Semuanya berketulenan 999.9. Menurut pihak pemasaran Public Gold, produk ini akan berada di cawangan pada awal
bulan depan iaitu Disember 2012, tapi sekarang sudah boleh mula buat
pesanan.
Siri ‘Tai Fook’ ini cetusan manifestasi kekecewaan Pengasas Public Gold iaitu Dato’ Loius Ng terhadap penglibatan ramai ahli masyarakat Cina di Malaysia yang telah terlibat dengan skim pelaburan Emas yang tidak sah apatah lagi telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.
Simbol Naga (Dragon) sememangnya sudah sinonim dengan masyarakat Cina sejak turun-temurun. Ia sering melambangkan kemakmuran, kekuasaan, kekayaan dan kehebatan. Tahun 2012 ini pula mengikut kalendar Cina adalah Tahun naga. Maka tidak hairanlah, siri ‘Tai Fook’ ini dirumuskan khusus buat kaum Tionghua. Amat sesuai dijadikan hadiah perkahwinan, hadiah hari jadi untuk insan yang lebih berumur, kesyukuran, mahupun apa jua acara bagi menzahirkan rasa penghargaan dan kasih sayang buat insan yang bermakna dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi, ‘Tai Fook‘ ini bertepatan dengan tema tahun Kekayaan 2013 yang juga merupakan tahun mencabar untuk ekonomi global.
Bagi yang pandai membaca tulisan Cina, kalian boleh layan poster ‘Tai Fook’ oleh Public Gold
Tiada ulasan:
Catat Ulasan