Sabtu, 2 Ogos 2014

PERBELANJAAN BULANAN SELESAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bismillah..

Dalam masa sebulan perbelanjaan:
1. Sewa rumah = RM500.00 selesai..
2. Kereta = RM500.00 selesai..
3. Makan = RM500.00 selesai..
4. Loan = RM500.00 selesai..

Ulangi perbelanjaan setiap bulan anda..

Selesai jika anda memperolehi 100g emas 999.9.. Bagaimana?? Hubungi saya..

Hubungi: 019-7784616
CIKGUEMAS916
CE CYCLE SOURCES (002336141-U) -- rakan niaga JHR021 FGRSB

Ahad, 23 Disember 2012

TIPS ASB LOAN + DINAR EMAS

Asslamualaikum dan salam sejahtera..

Tips ini cikgu perolehi dari Pakar Pelaburan Emas Fizikal iaitu Mohd Faizan Dasuki dan telah cikgu praktikkan selama ini, memang berbaloi dapat emas fizikal free:


"Saya percaya ramai yg buat simpanan ASB melalui pinjaman atau ASB loan.

Biasanya, kaedah yg selalu digunakan adalah dengan membuat bayaran ansuran pinjaman pada tahun pertama.

Kemudian Dividen yang diterima pada tahun pertama akan digunakan untuk membayar bagi tahun berikutnya pula dan begitulah seterusnya sampai pinjaman tersebut habis dibayar.

Anda boleh meningkatkan keuntungan pelaburan dengan cara ini:

1. Dividen yang diterima gunakan kesemuanya untuk membeli Emas 1 Dinar.

2. Setiap bulan, jual beberapa keping Dinar hanya sekadar cukup untuk membuat bayaran ansuran pinjaman.

3. Dengan kenaikan harga Emas, jumlah Dinar yang dijual dari masa ke semasa akan semakin berkurang, walaupun jumlah ansuran pinjaman ASB yang dibayar tetap sama. Sebagai contoh, pada tahun 2010 harga purata sekeping Dinar RM550, dan pada tahun 2011 harga puratanya RM650.

4. Dengan kaedah ini, anda akan dapat menjelaskan ansuran bulanan pinjaman ASB tanpa sebarang masalah, dan sampai satu masa anda akan mempunyai Dinar Emas yang masih berbaki, bererti Dinar tersebut anda perolehi secara PERCUMA.

5. Kaedah ini juga merupakan salah satu Strategi Pemurataan (Averaging), iaitu anda membeli Dinar Emas dalam jumlah yang banyak, dan menjualnya sedikit demi sedikit, dalam masa yang sama harga Emas yang terus mendaki akan memberikan keuntungan kenaikan nilai Emas Pelaburan anda.

Praktikkanlah, insyaAllah berbaloi."

Akhir kata dari cikgu: 
"SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN" 
HUBUNGI: 019-7784616 (CIKGU EMAS)

Isnin, 19 November 2012

TAI FOOK GOLD BAR - PUBLIC GOLD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Public Gold telah melancarkan produk baru dalam barisan jongkong emas mereka (Gold Bar) iaitu 'Tai Fook'
‘Tai Fook‘ merupakan istilah dalam bahasa Cina yang bererti 'Kemakmuran Hebat' (Great Prosperity). Rekabentuk ‘Tai Fook’ ini sangat cantik dan bagi cikgu inilah corak logam Emas yang paling menawan yang pernah cikgu lihat sebelum ini. Perhatikan ukiran timbul berlambang Naga (Dragon) pada muka belakang jongkong tersebut.
Jongkong Emas Tai Fook 100g (pandangan depan)
  Jongkong Emas Tai Fook 100g (pandangan belakang)

Dalam siri ‘Tai Fook’ ini, terdapat 3 jenis saiz iaitu 20g, 50g dan 100g. Semuanya berketulenan 999.9. Menurut pihak pemasaran Public Gold, produk ini akan berada di cawangan pada awal bulan depan iaitu Disember 2012, tapi sekarang sudah boleh mula buat pesanan.

'Spread’ harga bagi siri ‘Tai Fook’ ini tinggi iaitu 8% (spread PG Gold Bar 999.9 yang biasa antara 4.5%-6%). 'Tai Fook' ini merupakan suatu siri keluaran Khas. Rekabentuknya pula adalah 3D serta ukiran tempa bentuk naga tersebut amatlah cantik. Mungkin kos bagi Rekabentuk (Design) dan peralatan merupakan faktor yang menyumbang kepada premium  siri ‘Tai Fook’ ini. Produk seperti ini amat sesuai sebagai koleksi penyimpan (collectors’ item). Jika dibandingkan dengan produk keluaran syarikat lain, Public Gold menawarkan harga yang sangat rendah. Tidak dinafikan juga, dengan adanya siri ‘Tai Fook’ ini, ia bakal menarik minat pasaran antarabangsa seperti China, Taiwan, Korea, Singapura dan lain-lain negara.
Siri ‘Tai Fook’ ini cetusan manifestasi kekecewaan Pengasas Public Gold iaitu Dato’ Loius Ng terhadap penglibatan ramai ahli masyarakat Cina di Malaysia yang telah terlibat dengan skim pelaburan Emas yang tidak sah apatah lagi telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

Simbol Naga (Dragon) sememangnya sudah sinonim dengan masyarakat Cina sejak turun-temurun. Ia sering melambangkan kemakmuran, kekuasaan, kekayaan dan kehebatan. Tahun 2012 ini pula mengikut kalendar Cina adalah Tahun naga. Maka tidak hairanlah, siri ‘Tai Fook’ ini dirumuskan khusus buat kaum Tionghua. Amat sesuai dijadikan hadiah perkahwinan, hadiah hari jadi untuk insan yang lebih berumur, kesyukuran, mahupun apa jua acara bagi menzahirkan rasa penghargaan dan kasih sayang buat insan yang bermakna dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi, ‘Tai Fook‘ ini bertepatan dengan tema tahun Kekayaan 2013 yang juga merupakan tahun mencabar untuk ekonomi global.
 
Bagi yang pandai membaca tulisan Cina, kalian boleh layan poster ‘Tai Fook’ oleh Public Gold
Akhir kata dari cikgu: 
"SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN" 
HUBUNGI: 019-7784616 (CIKGU EMAS)

Isnin, 5 November 2012

STRATEGI PELABURAN EMAS MELALUI PINJAMAN (LOAN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Berikut kupasan perkongsian ilmu dari Master Dealer Faizan

TIPS PENTING

1. Jika anda menggunakan sumber modal dari pinjaman peribadi untuk membeli Emas, anda MESTI merancang bagaimana anda boleh membuat bayaran balik pinjaman tersebut menggunakan Emas itu juga.

2. Tujuannya, walaupun anda mempunyai tanggungan pinjaman yang digunakan sebagai modal pelaburan, namun ianya tidak sedikitpun menjadi beban kepada anda membuat bayaran balik pinjaman tersebut.

STRATEGI PELABURAN

Saya mengambil data sebenar kenaikan harga Emas bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2011 seperti dalam paparan Graf dibawah agar anda dapat melihat gambaran sebenar strategi ini dengan jelas.

1. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM200,000, dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun, dan jumlah bayaran bulanannya sekitar RM3200 sebulan.

2. Gunakan semua wang tersebut dan beli Emas 1 Dinar yang pada tahun 2009 ianya cuma berharga RM400 sekeping.

3. Saya memilih 1 Dinar kerana ia variasi Emas yang paling kecil. Tujuannya agar anda mudah menjualnya sekadar jumlah tunai yang diperlukan untuk bayaran balik sahaja.

RM200,000 / RM400 (1 Dinar) = 500 Keping Emas 1 Dinar

4. Setiap bulan, jual 8 keping Emas 1 Dinar dan digunakan untuk bayaran balik pinjaman.

Jika pinjaman dipotong melalui gaji, tunai dari jualan Dinar tersebut boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti biasa.

5. Purata harga 1 Dinar adalah seperti berikut :

2009 - RM450
2010 - RM550
2011 - RM650

6. Dengan menjual sebanyak 8 keping 1 Dinar sebulan, bermakna setahun anda akan menjual sebanyak 96 keping Emas 1 Dinar.

Pengiraan jumlah bayaran balik :
Tahun 2009 - 96 x RM450 = RM43,200
Tahun 2010 - 96 x RM550 = RM52,800
Tahun 2011 - 96 x RM650 = RM62,400

JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DIBAYAR SELAMA 3 TAHUN = RM158,400.

BAKI PINJAMAN YANG BELUM DIJELASKAN RM41,600.

JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 96 Keping X 3 Tahun = 288 Keping.

JUMLAH DINAR YANG DIBELI 500 Keping - 288 Keping = Baki Yang Belum Dijual 212 Keping.

212 Keping x RM735 Harga DInar Sekarang = RM155,820 Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki.

RM155,820 - RM41,600 (Untuk Full-Settlement Baki Pinjaman) = RM114,220.

Tahniah!!! Dalam masa hanya 3 tahun, anda telah memiliki simpanan Emas atau keuntungan sebanyak RM114,220 yang anda perolehi secara PERCUMA!!!

*Fikirkan begini, anda meminjam wang fiat yg nilainya tidak setara dgn helaian2 kertasnya yg hanya boleh digunakan utk mendapatkan keperluan hidup, dan itupun hanya laku pd masa2 tertentu bergantung kpd urustadbir kewangan negara...

Bagaimana kalau anda tukarkan wang fiat itu kpd ketulan2 emas yg sgt bernilai di seluruh dunia dan berharga sepanjang zaman, kemudian anda pulangkan semula helaian2 kertas itu kpd bank, dan dlm masa yg sama anda telahpun memiliki ketulan2 emas secara percuma...

Beritahu saya, adakah tindakan ini kurang bijak atau sgt bijak..?

Kita selalu mendengar kisah seseorang yg meminjam dari bank dan akhirnya bankrap melabur di pasaran saham, tetapi belum pernah lagi rasanya kita dgr seseorang meminjam dari bank, membeli emas fizikal dan akhirnya bankrap...

Kenapa agaknya ya..?

Jawapan saya, kerana pelaburan saham mempunyai risiko kerugian 100% dan pelaburan melalui cara simpanan emas fizikal maksimum kerugiannya hanya sekitar 20-30%...

Dan kalau anda pernah mendengar ada pendapat yg melarang anda dari menggunakan kaedah ini, sy percaya org itu sendiri belum pernah mempraktikkan kaedah ini...

Dan sy sendiri telah mempraktikkan kaedah ini, dan ini adalah hasil pengalaman saya...so pendapat siapa yg patut lebih diyakini..?


Akhir kata dari cikgu: 
"SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN" 
HUBUNGI: 019-7784616 (CIKGU EMAS)