Ahad, 1 Januari 2012

HAPPY NEW YEAR 2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

 Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada warga online semua khasnya kepada penyimpan kekayaan berbentuk Emas dan Perak Fizikal..

Tahun baru, azam mestilah baru.. kalo tahun sebelum ini cikgu berazam untuk menyimpan Emas dan Perak Fizikal.. Pada tahun ini cikgu berazam untuk meluaskan perniagaan dan pelaburan cikgu dalam Perniagaan Emas dan Perak Fizikal.. Selain itu, cikgu juga berazam untuk menyimpan sekurang-kurangnya1 Kilogram Emas Fizikal..

So, anda juga perlulah mempunyai azam sebagai pemangkin segala perancangan anda untuk direalisasikan pada tahun baru ini 2012.. Segala kegagalan pada tahun lepas perlulah ambil iktibar dan tauladan.. Mulakanlah hidup baru anda untuk mencapai kejayaan.. Amin..

Pada tanggal 1 Januari 2011, harga Emas dunia bermula pada harga USD1375/oz dan ditutup pada harga USD1570/oz pada 31 Disember 2011.. Bermakna purata kenaikan setahun ialah sebanyak 15%.. Harga emas yang tertinggi dicatat pada USD1923/oz iaitu kenaikan 40% dalam masa 9 bulan.. Kenaikan emas adalah tidak menentu kerana mengikut arus perkembangan ekonomi dunia terutama ekonomi Amerika Syarikat..

Bermakna anda dapat pulangan yang lumayan pada bulan September 2011.. Kenapa harga emas menjunam selepas bulan September ek?? Post yg lepas-lepas, baca artikel ini:  EMAS VS USD cikgu dah cerita tentang kenapa harga emas jatuh menjunam.. Takpelah cikgu share sikit.. Ini adalah disebabkan US telah mencetak wang fiat untuk support ekonomi mereka.. Tapi US akan mengalami inflasi jika amalan ini diteruskan..

Walaubagaimana pun kita masih untung kerana harga emas pasti naik mengikut perubahan tahun ke tahun.. Sebenarnya ada hikmah disebalik penurunan harga emas.. Apa hikmahnya yek?? Hikmahnye ialah anda berpeluang untuk membeli emas dengan harga yang murah.. So, targetkanlah keuntungan anda setahun kemudian.. iaitu pada 31 Disember 2013.. Berapa harga emas ketika itu ek?? Tunggu dan lihat..

Kesimpulannya, belilah emas ketika harga murah ini dan ambillah peluang ini sebanyak-banyaknya... Ingat target cikgu 1 Kilogram Emas Fizikal.. Amin..

Akhir kata dari cikgu:
"SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN" 
HUBUNGI: 019-7784616 (CIKGU EMAS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan